Ahad, 15 Ogos 2010

DASAR PEMILIHAN ISTERI


Peranan isteri begitu pnting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga diamanahkan.Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya,isteri harus menjaga kepentingan makan minum keluarga,mengandung dan mendidik anak-anak,menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan sebagainya.Oleh itu terdapat beberapa dasar pemilihan isteri mengikut syarak..Antaranya :

  1. PEREMPUAN YANG TAAT BERAGAMA
Sabda Nabi SAW (maksudnya) :

"Dinikahi perempuan itu kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan."

Oleh itu,utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat,menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta ekayaan,nasab keturunan dan rupa paras yang menawan.


2. BERKETURUNAN YANG BAIK DAN DIBESARKAN DALAM PERSEKITARAN YANG SEMPURNA AKHLAKNYA.

Islam menggalakkan supaya memilih bakal isteri daripada nasab keturunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi pekerti mulia serta mengamalkan nilai hidup yang diredhai Allah SWT.Ini penting untuk membentuk suasana yang harmoni,saling kasih mengasihi dan hormat menghormati antara suami dan isteri.

3. PEREMPUAN YANG SUBUR DAN BERPOTENSI MELAHIRKAN ANAK YANG RAMAI

Nabi Muhammad SAW akan berbangga dengan ramainya umat Islam pada hari kiamat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertakwa.

Justeru itu,amat tepat kiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai.Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak-anak saudara perempuannya yang terdekat.


4. SEKUFU ATAU HAMPIR SEKUFU

Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi,pelajaran dan dari segi umur.Maksudnya janganlah bakal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri.Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih tua dari wanita.


5. MASIH GADIS ATAU ANAK DARA

Rasulullah SAW menggalakkan umat ISlam memilih isteri daripada kalangan gadis,bukan janda,sesuai dengan nasihat Baginda SAW kepada seorang sahabat,Jabir r.a Kemesraan yang akan lahir lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak.

6. PASANGAN BUKAN DARIPADA KELUARGA TERDEKAT

Tidak begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat yang hampir seperti sepupu.Antara sebabnya ialah mengurangkan keinginan syahwat yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak yang cacat dan kurang bijak.


-indahnya hidup bersyariat-
I

Tiada ulasan:

Catat Ulasan