Ahad, 15 Ogos 2010

DASAR PEMILIHAN ISTERI


Peranan isteri begitu pnting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga diamanahkan.Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya,isteri harus menjaga kepentingan makan minum keluarga,mengandung dan mendidik anak-anak,menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan sebagainya.Oleh itu terdapat beberapa dasar pemilihan isteri mengikut syarak..Antaranya :

  1. PEREMPUAN YANG TAAT BERAGAMA
Sabda Nabi SAW (maksudnya) :

"Dinikahi perempuan itu kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan."

Oleh itu,utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat,menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta ekayaan,nasab keturunan dan rupa paras yang menawan.


2. BERKETURUNAN YANG BAIK DAN DIBESARKAN DALAM PERSEKITARAN YANG SEMPURNA AKHLAKNYA.

Islam menggalakkan supaya memilih bakal isteri daripada nasab keturunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi pekerti mulia serta mengamalkan nilai hidup yang diredhai Allah SWT.Ini penting untuk membentuk suasana yang harmoni,saling kasih mengasihi dan hormat menghormati antara suami dan isteri.

3. PEREMPUAN YANG SUBUR DAN BERPOTENSI MELAHIRKAN ANAK YANG RAMAI

Nabi Muhammad SAW akan berbangga dengan ramainya umat Islam pada hari kiamat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertakwa.

Justeru itu,amat tepat kiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai.Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak-anak saudara perempuannya yang terdekat.


4. SEKUFU ATAU HAMPIR SEKUFU

Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi,pelajaran dan dari segi umur.Maksudnya janganlah bakal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri.Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih tua dari wanita.


5. MASIH GADIS ATAU ANAK DARA

Rasulullah SAW menggalakkan umat ISlam memilih isteri daripada kalangan gadis,bukan janda,sesuai dengan nasihat Baginda SAW kepada seorang sahabat,Jabir r.a Kemesraan yang akan lahir lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak.

6. PASANGAN BUKAN DARIPADA KELUARGA TERDEKAT

Tidak begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat yang hampir seperti sepupu.Antara sebabnya ialah mengurangkan keinginan syahwat yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak yang cacat dan kurang bijak.


-indahnya hidup bersyariat-
I

HUKUM BERKAHWIN BAGI LELAKI


Ia terbahagi kepada 5 dan hanya tertentu kepada kaum lelaki sahaja :

  1. Wajib Berkahwin
  • sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar "mahar"(mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin.Beliau juga tidak berniat untuk menganiaya isterinya selama berumah tangga.Di samping itu,beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) disebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.
2. Sunat berkahwin
  • kepada orang yang mampu,tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat.Ini adalah hukum asal perkahwinan.
3. Harus berkahwin
  • Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.
4. Makruh Berkahwin
  • apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya.Di samping itu,dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin jika negara sedang menghadapi peperangan.
5. Haram Berkahwin
  • Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya isterinya.


-indahnya hidup bersyariat-

Khamis, 12 Ogos 2010

iNDaHnYa iDuP bErSyArIaT

RAHSIA PERKAHWINAN

1.Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunnah para nabi dan rasul.(firma Allah dalam surah al-Ra'd:38)MAKSUDNYA: demi sesungguhnya Kami(Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.

2.Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah S.W.T.

3.Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang,dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredhai.Al-Baihaqi r.a meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud :"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu,maka dia telah memenuhi separuh agamanya.Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang masih belum disempurnakan lagi."

4.Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang miskin.Islam ingin mengikis rasa takut,tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.

5.Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan.

6.Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan,pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.

7.Melalui perkahwinan,wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri,ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.