Khamis, 30 Disember 2010

Berakhirnya 2010..3 bulan lagi..

tup2 dah hbs 2010..cam dh dekat je ni..aduhh xsangka nk kawen dah..kadang2 takut pun de tp pe pun cuba yang terbaik..

sape sangka dalam seawal ini jodoh datang kepadaku..pape pun aku mahukan kehidupan yang lebih diberkatuNya..dah jumpa yang sesuai n selesa wat aku, so jalan.."jangan harapkan kesempurnaan tapi perbaiki kelemahan diri sendiri dalam membina sebuah perhubungan.."

“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”,-petikan drpd artikel saifulislam..

Kawen awal?
abah pesan habis belajar dulu baru kawen..baikk..tiba2 dh jumpa hero ni dalam hidup aku semuanya berubah..takut juga nak berbincang ngn family tapi try arr dulu..akhirnya kn habis blajar juga baru leh..hpe dpt keje dulu la.. (ni pandangan abah)

bagi diriku..aku rs ok arr..xkesah mane2 bh..jnji mak abah restu n stuju, tu je..bile pikir2 kan pe lg aku nk tggu daripada jumpe2 t baik kwen je..lg berkat..nak tggu wet mmg xtertggu, nak2 pelawaan ini 'die' yang offer..so utk mjaga hbgn ini aku bersetuju untuk berkawen ngn 'die'..huhu :) ..gatal k??aku rs la, xkot..kami nak dapat hbgn yg lebih berkat n dirahmati je..tplgla pda pndangan masing2..

Balas jasa mak ayah cmne?
de jg arr org bkalam..'aku xnk kwen awal la mak ayah xblas lagi jasa2 mereka'..aku ok je..tu pendapat diorang..mgkin xde calon lg kot..hehe..pendapat aku la..jasa mak n abah selamanye kena balas..mgkin time bujang banyak kot, tp bagi aku i.Allah dengan izainNya, wlaupun dh kwen aku ttp wat cam bese sama org lain membalas jasa kedua org tuanya..mane tau rezekiku time tu lbh banyak..Dia yang meluaskn rezeki pada hambanya yang diingininya..mg2 aku tgolong dlm hambaNya..amin..mak abah jasamu ttp aku blas..amin!

Aku ingin jadi isteri solehah..
mampu ke aku?hanya berdoalah aku mampu..sblm kwen sembang cmni ar..n hpe selamanye ia jd matlamat aku!!hpe impian ini dimudahkanNya..nk jd isteri solehah bnyk dugaannya..mg2 sma urusan aku dpermudahkannya..amin..

jom layan kisah teladan..

Satu hari saya bertemu dengan seorang sahabat saya yang bernama Wardah. Dalam pertemuan itu, dia bertanya kepada saya, “Ain, apa tandanya isteri solehah?”
Saya menjawab, “Wardah, kau tentunya lebih ‘arif daripadaku untuk menjawabnya...”

Sebenarnya saya tahu tujuan pertanyaan Wardah bukanlah untuk menduga jawapan saya, sebaliknya untuk saling memperingatkan diri agar berhati-hati dan teliti dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini.

Saya ingin menyingkap kembali sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim.

Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim : Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak
pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya.
Katakan padanya, tukar tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan
supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.

Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.

Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam
kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam
kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah.
Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.

Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.

Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.

Nabi Ibrahim : Dimana suamimu?
Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga?
Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera,
tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan
sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka
dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini,
Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah
berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampai- kan salamku
kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya
sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.

Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannya
sepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada
apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu
mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang
dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku
kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.

Berpandukan sejarah tersebut, isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri salehah. Isteri salehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri salehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri salehah, ingatlah hadis Rasulullah yang bermaksud:

“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”

(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Isteri Solehah...SENTIASA BERSYUKUR, TIDAK CEREWET atau MERUNGUT




Ahad, 15 Ogos 2010

DASAR PEMILIHAN ISTERI


Peranan isteri begitu pnting kerana padanya segala urusan tentang rumah tangga diamanahkan.Selain menjadi penyeri dan teman hidup suaminya,isteri harus menjaga kepentingan makan minum keluarga,mengandung dan mendidik anak-anak,menyimpan rahsia dan menjaga maruah suami dan sebagainya.Oleh itu terdapat beberapa dasar pemilihan isteri mengikut syarak..Antaranya :

  1. PEREMPUAN YANG TAAT BERAGAMA
Sabda Nabi SAW (maksudnya) :

"Dinikahi perempuan itu kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan."

Oleh itu,utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama seperti suka beribadat,menutup aurat dan lain-lain melebihi dasar-dasar lain seperti harta ekayaan,nasab keturunan dan rupa paras yang menawan.


2. BERKETURUNAN YANG BAIK DAN DIBESARKAN DALAM PERSEKITARAN YANG SEMPURNA AKHLAKNYA.

Islam menggalakkan supaya memilih bakal isteri daripada nasab keturunan yang baik-baik dan dibesarkan dalam suasana kekeluargaan dan masyarakat yang berhemah tinggi dan berbudi pekerti mulia serta mengamalkan nilai hidup yang diredhai Allah SWT.Ini penting untuk membentuk suasana yang harmoni,saling kasih mengasihi dan hormat menghormati antara suami dan isteri.

3. PEREMPUAN YANG SUBUR DAN BERPOTENSI MELAHIRKAN ANAK YANG RAMAI

Nabi Muhammad SAW akan berbangga dengan ramainya umat Islam pada hari kiamat nanti terutamanya umat yang beriman dan bertakwa.

Justeru itu,amat tepat kiranya dapat dipilih wanita yang subur dan mampu melahirkan anak yang ramai.Wanita ini dapat dikenali dengan melihat ramainya anak-anak saudara perempuannya yang terdekat.


4. SEKUFU ATAU HAMPIR SEKUFU

Antara faktor lain yang membawa kepada kebahagiaan rumah tangga ialah faktor ekonomi,pelajaran dan dari segi umur.Maksudnya janganlah bakal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal isteri.Seelok-eloknya ialah 10 tahun lelaki lebih tua dari wanita.


5. MASIH GADIS ATAU ANAK DARA

Rasulullah SAW menggalakkan umat ISlam memilih isteri daripada kalangan gadis,bukan janda,sesuai dengan nasihat Baginda SAW kepada seorang sahabat,Jabir r.a Kemesraan yang akan lahir lebih menggembirakan kedua-dua belah pihak.

6. PASANGAN BUKAN DARIPADA KELUARGA TERDEKAT

Tidak begitu digalakkan berkahwin dengan pasangan daripada kalangan kaum kerabat yang hampir seperti sepupu.Antara sebabnya ialah mengurangkan keinginan syahwat yang boleh menjejaskan keharmonian perkahwinan dan dibimbangi mendapat anak yang cacat dan kurang bijak.


-indahnya hidup bersyariat-
I

HUKUM BERKAHWIN BAGI LELAKI


Ia terbahagi kepada 5 dan hanya tertentu kepada kaum lelaki sahaja :

  1. Wajib Berkahwin
  • sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar "mahar"(mas kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin.Beliau juga tidak berniat untuk menganiaya isterinya selama berumah tangga.Di samping itu,beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) disebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.
2. Sunat berkahwin
  • kepada orang yang mampu,tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat.Ini adalah hukum asal perkahwinan.
3. Harus berkahwin
  • Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.
4. Makruh Berkahwin
  • apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya.Di samping itu,dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin jika negara sedang menghadapi peperangan.
5. Haram Berkahwin
  • Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap isterinya lahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya isterinya.


-indahnya hidup bersyariat-

Khamis, 12 Ogos 2010

iNDaHnYa iDuP bErSyArIaT

RAHSIA PERKAHWINAN

1.Perkahwinan dianggap sebagai salah satu daripada sunnah para nabi dan rasul.(firma Allah dalam surah al-Ra'd:38)MAKSUDNYA: demi sesungguhnya Kami(Allah) telah mengutus beberapa rasul sebelum kamu dan Kami menjadikan untuk mereka isteri-isteri dan keturunan.

2.Kurniaan nikmat Allah kepada hamba-hambaNya agar menerusi perkahwinan akan lahir pula zuriat keturunan yang beriman dan bertakwa yang akan memakmurkan bumi Allah S.W.T.

3.Perkahwinan dianggap sebagai suatu ibadah yang dapat menyempurnakan setengah daripada agama seseorang,dengannya dia dapat bertemu Allah dalam keadaan suci dan diredhai.Al-Baihaqi r.a meriwayatkan hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud :"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu,maka dia telah memenuhi separuh agamanya.Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang masih belum disempurnakan lagi."

4.Galakan nikah kahwin meliputi semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang miskin.Islam ingin mengikis rasa takut,tidak mampu memikul tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak kerana Allah menjamin rezeki mereka.

5.Sebaik-baik jalan untuk memelihara maruah kesopanan diri seseorang ialah melalui perkahwinan.

6.Dapat menyuburkan perasaan keibubapaan dalam memberi perlindungan,pendidikan dan kesejahteraan kepada anak-anak.

7.Melalui perkahwinan,wujud disiplin rumah tangga melalui pengagihan tugas suami isteri,ibu dan bapa yang membawa kepada disiplin dan kesejahteraan keluarga serta masyarakat.

Rabu, 30 Jun 2010

Tip kesihatan cara Rasulullah

Tidak marah: Dalam sebuah hadis, seseorang berjumpa Rasulullah dan meminta apa-apa nasihat daripada baginda. Baginda berkata ‘jangan marah’, dan apabila diminta lagi nasihat seterusnya, baginda hanya mengulangi ‘jangan marah’. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan manusia bukanlah terletak pada jasad fizikal semata-mata tapi juga kesihatan jiwa dan mental

Khamis, 24 Jun 2010

terima kasih untuk segalanya..

"Ku cuba sedaya
Agar dirahmati perhubungan yang telah terbina
Kerna pasti aku
Yang akan merasa pedihnya kehilangan insan sepertimu

Tuhan berikanlah
Ketabahan hatiku untuk membina impian kasihku
Bersama mengharapkan
Ketulusan cinta ini untuk membina mahligai bahgia.."

hidup ini penuh dengan cabaran.

Jalan Pulangku

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima
ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Rabu, 23 Jun 2010

pesanan buatmu



Semoga kita bakal mengecapi kebahagiaan bersama..selama-lamanya...

Selasa, 22 Jun 2010

merisik khabar,mengikat ikatan



cincin disarung tanda terima,
membina hubungan kita berdua,
segala impian bakal terlaksana,
moga hidup dirahmati oleh-NYA.

Sabtu, 19 Jun 2010

pembuka tirai jendela hidup

blog ini merupakan perkongsian blog antara aku(fakhrul) dgn bakal isteriku (eliza)...di halaman blog ini akan terkandung segala perkara-perkara yang bersangkutan antara kami berdua..diharap agar blog ini menjadi inspirasi di atas kejayaan hidup kami di masa akan datang dan menjadi sumber inspirasi kebahagiaan kami bersama...