Rabu, 26 Disember 2012
Rabu, 14 November 2012
Sabtu, 20 Oktober 2012
PuTeRiKu : NUR IQLIMA INSYIRAH BTE MOHD FAKHRULLAH
25 OGOS 2012
ALHAMDULILLAH
Tepat jam 11.44 pagi iaitu hari sabtu, bertempat di hospital PUSRAWI, KUALA LUMPUR, telah lahirlah puteri sulung kami di wad an-nur tingkat 6, katil no 6...disambut oleh Dr Asmah Yun dan seorang jururawat beserta aku sendiri...
Dengan ketabahan,kesabaran dan kekuatan naluri seorang ibu, betapa perit dan sakitnya di saat itu, isteriku tetap meneruskan perjuangannya sehinggalah hadirnya Iqlima di dunia ini dengan tangisan yang sayup-sayup kedengaran...agaknya pemalu orangnya, tak seperti bayi-bayi di bilik bersebelahan yang menjerit begitu kuat tetapi Iqlima tangisan dan jeritan yang berselang seli sayup kedengaran...mudah2an dengan sifat pemalu ini tadi dia akan membesar dan sentiasa rasa malu dengan Penciptanya di dalam urusannya di dunia kelak....
Setelah dibersihkan, dimandikan, dan diselimutkan, Iqlima dibawa masuk semula ke bilik untuk dilaungkang azan serta iqamah di telinga kanan dan kirinya...Inilah buat julung kalinya aku mendukung bayi yang berumur kurang dari setahun...sangat gementar dan sangat cermat aku memeluknya, menciumnya lalu diazan dan diiqamahkan...sempat jua aku mengajarkan kalimah tauhid dan selawat ke atas nabi acap kali di telinganya...matanya hanya tertutup rapi tapi aku yakin dia memahami setiap apa yang didengarinya itu...
kami berada di wad selama 3 hari dua malam ditemani oleh ibuku yang tercinta dalam menguruskan isteri dan anakku...
bersambung......................
Langgan:
Ulasan (Atom)

